Jun 14, 2010

Ceritera popcakes, lolli popcakes dan fondant cupcakes




Popcakes yang telah ditempah oleh kawan lama ku, Gee semasa menuntut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Sebanyak 85 kotak telah ditempah oleh Gee untuk diberikan kepada guru-guru di Kolej Yayasan Saad, Melaka sempena Hari Guru yang lalu.



17 biji Lolli popcakes ni pula, telah di sediakan untuk kawan sepejabat saya yang akan menghadiri majlis 'baby shower' temannya.




16 biji fondant cupcakes ini  dibuat untuk dihadiahkan kepada anak Hj. Shahimi yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 12 Jun 2010 yang lalu. Yang kelakarnya saya dan suami saya tiba di majlis semasa catering sedang sibuk mengemas. nasib baik kami sempat makan. Actually ni adalah kali ke 2 saya mendapat jemputan dari Hj. Shahimi. Kali pertama saya tak dpat menghadirinya sebab ada hal so bila dapat jemputan kali ini , saya memang bercadang untuk menghadirinya...


No comments: