Jun 27, 2010

Hafiz n Erni's Wedding

Cupcakes kali ini adalah sempena perkahwinan Hafiz n Erni. Memandangkan ini adalah perkahwinan, saya pun mengubah sepasang 'swan' ibarat sepasang mempelai.. Lihatlah 'swan' yang telah saya hasilkan..... comel tak???

















Cupcakes untuk harijadi suami tersayang

Cupcakes kali ni telah ditempah oleh kawan lama saya, Harjunis sewaktu menuntut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan untuk harijadi suaminya pada 24 Jun yang lalu. Katanya dalam message yang dihantar melalu facebook " design bentuk luv leh tak.. pastu tulis :happy birthday we luv u ". Hasilnya......











Jun 18, 2010

Cheese cupcakes with blueberry topping

Ini adalah percubaan kedua saya. Kali ini saya tambahkan topping nya dengan blueberry, tapi yang sedihnya hubby dan anak sulung saya tak mengemarinya. dia orang kata baik mama wat cheesecake plain aje. kalau letak topping, rasanya manis . Dengan menggunakan resepi baru dari internet gak, saya cuba buat cheese cupcakes yagn kiut miut tu. tak sangka jadi pulak, walaupun sizenya kecil . Sekali aje masuk dalam mulut..mmmmm yummy.... tgk lah sizenya kalau nak dibandingkan dengan yang sebelahnya tu....Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk tempahan.



Lupa nak bagi tahu, kalau hari tu hubby saya bagi 6.5, ari ni dari scale 1 - 10 dia bagi saya 9.9. Itu pendapat hubby saya je tapi kalau kengkawan nak evaluate cheese cupcakes saya ni kenalah rasa dulu. kalau nak rasa boleh lah buat tempahan,

 Waktu dah pukul 1.06 minit pagi... Nampaknya malam ni saya terpaksa berjaga malam untuk meyiapkan popcakes yang telah ditempah oleh Asiah. Esok pagi-pagi dia dah nak amik tempahannya.Asiah ni adalah isteri kepada sahabat lama saya. sewaktu kami sama-sama menuntut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dulu. Yang bestnya suami dia adalah kawan kepada hubby saya tapi mereka bukannya bertemu di Politeknik tetapi hubby saya dan suami kenal sewaktu sama-sama mendaki Gunung Ledang semasa menuntut di ITM dulu.. What a small world kan.... 



Jun 16, 2010

Percubaan pertama ku...


Ini adalah percubaan pertama ku untuk membuat cheese cupcakes, Actually resepi ni saya dah simpan lama dah , baru semalam saya berkesempatan utk membuatnya. Semalam lepas masak makan malam, saya pun start membuat cheese cupcakes tersebut. Hasilnya ..... taraaaaaaa......


Yang nampak becorak-corak itu ialah basenya iaitu kek chocolate. Kek itu appear kat suface  sebab lapisan cheese yang saya letakkan tu kurang. Bila dah masak semalam saya pun tanya kat hubby kalay scale 1-10, dia nak beri saya brape? so dia kata 6.5.. ok lah tu untuk percubaan kalai pertama. Lepas ni saya nak try lagi membuatnya tapi dengan sedikit perubahan pada resipinya... Wish me luck, ok...



Jun 14, 2010

Ceritera popcakes, lolli popcakes dan fondant cupcakes




Popcakes yang telah ditempah oleh kawan lama ku, Gee semasa menuntut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Sebanyak 85 kotak telah ditempah oleh Gee untuk diberikan kepada guru-guru di Kolej Yayasan Saad, Melaka sempena Hari Guru yang lalu.



17 biji Lolli popcakes ni pula, telah di sediakan untuk kawan sepejabat saya yang akan menghadiri majlis 'baby shower' temannya.




16 biji fondant cupcakes ini  dibuat untuk dihadiahkan kepada anak Hj. Shahimi yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 12 Jun 2010 yang lalu. Yang kelakarnya saya dan suami saya tiba di majlis semasa catering sedang sibuk mengemas. nasib baik kami sempat makan. Actually ni adalah kali ke 2 saya mendapat jemputan dari Hj. Shahimi. Kali pertama saya tak dpat menghadirinya sebab ada hal so bila dapat jemputan kali ini , saya memang bercadang untuk menghadirinya...