Dec 12, 2010

Nov 22, 2010

Little Bugs Cuppies New Product


Red Velvet Cupcake


Cheese Oreo Cupcake


Carrot Cupcake


Fudge Walnut Brownies


Chicken and Cheese Mini Quiche



Toffee Caramel Cheesecakes

Macaroons, macaroons...........

COMING SOON......... TUNGGU!!!!!!!!!!















Oct 15, 2010

Red Valvet Cupcakes

Cupcakes kali ini di tempah buat kali kedua oleh kawan lama ku Suraya. Actually dalam last entry, ada saya postkan gambar cupcakes yang ditempah untuk Suraya. Kali ini saya bake red valvet cupcakes.. Comelkan bear tuuuuuu.....






Oct 13, 2010

Cheesecakes

Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Cheesecake with blueberry toppings ini adalah untuk rumah terbuka teman sepejabat saya.



Ini pula adalah toffee caramel cheesecake... menyelerakan !!!!!. Sekiranya berminat boleh lah menghubungi saya



Ini pula tempahan dari kakak sepejabat saya untuk diberikan kepada seseorang sempena harijadinya




Cheesecake with dark cherry toppings ini adalah untuk kakak sya yang menyambut harijadinya pada 11 Oktober 2010 yang lalu.




Cupcakes ini ditempah oleh kawan lama saya untuk diberikan kepada anak kawannya yang menghidap denggi. the best part ialah keknya adalah red velvet.


Jul 29, 2010

Boys.....

Order kali ni adalah dari Suria. Actually saya belum pernah bertemu dengan Suria. Kisahnya bermula apabila, Suria melihat cupcakes yang ditempah oleh Eliz untuk harijadi suaminya. Dia kemudiannya menyapa saya melalui fb dan terus membuat tempahan. Terima kasih Suria kerana memberi kepercayaan kepada Little Bugs Cuppies...




Cupcakes yang ditempah oleh Suria reday to be delivered





Jul 21, 2010

Chocolate ganache

Cupcakes ditempah oleh sepupuku untuk perkahwinan anak sepupuku... Brape banyak sepupu daa...












Birthday Cupcakes

Kali ini cupcakes di tempah oleh Eliz, kawan se aerobic saya untuk suaminya yang kebetulah menyambut birthday sama tarikhnya dengan Adam Faisal, anak bongsu saya.. Thank tou Eliz.. Masa nak amik cupcakes semalam, eliz inform saya yang anak saudara nya baru dilahirkan pada 21 Julai 2010, jadi ada 3 yang menyambut harijadi pada tarikh yang sama ler.... 21 Julai .... Azmi (suami eliz), Adam (anak saya) dan anak saudar Eliz yang baru dilahirkan...









Gambar di bawah ini adalah ihsan dari Eliz yang baru di upload di facebooknya...











Jul 16, 2010

Little Bugs Cuppies New Product

Produk baru Little Bugs Cuppies kali ini adalah Triffle. First attempt tak sangka menjadi gak...

Maklumkanlah bulan puasa is just aroung the corner... Mmmmm yummy...yummy bila dapat berbuka dengan triffle ni lebih-lebih lagi bila makan semasa triffle sejuk... Perh... Mak mertua lalu di belakang pun tak nampak. memang lah tak nampak sebab mak mertua lalu di belakang, lain lah kalau mak mertua lalu di depan baru nampak.


Yang bestnya, selepas belajar tak sampai 1 hari... saya mendapat 2 tempahan dari kawan-kawan di opis. Terima kasih untuk Ct dan Ila kerana memberi kepercayaaan kepada Little Bugs Cuppies. Kepada yang ingin menikmati Triffle, boleh lah menghubungi Little Bugs Cuppies. Untuk container seperti di bawah harganya adalah RM35 sebekas. Bagi container yang kecil( seperti bekas nasi ayam Chicken Rice Shop) harganya adalam RM5 sebekas tetapi  minimum order adalah sebanyak 4 bekas. Bekas kecil (sesuai untuk door gift harganya adalah RM1.80 sebekas, minimum order 20 nos tetapi jika tempahan dibuat dalam kuantiti yang banyak,harganya boleh dibawa runding.)





Jul 4, 2010

My 2nd. edition of swan

Musim swan agaknya sekarang ni..... Tempahan kali ini adalah dari Aisyah iaitu adik kepada kawan lama ku. Saya dan kakaknya sama-sama menuntut di Sekolah Rendah Assunta Convent Kuantan dan Sek. Men Tengku Afzan Kuantan. Yang bestnya saya sebenarnya terjumpa kawan lama saya ni , Nor Ida secara kebetulan, dalam sibuk-sibuk menganjurkan Reunion untuk bekas pelajar-pejar POLISAS Kuantan. Rupa2nya Ida adalah isteri kepada salah seorang  x-POLISAS. Laa tak sangka rupanya...

Kata Aisyah... dia nak swan gak tetapi combination  colour orange and white. Cupccakes tersebut untuk dihadiahkan kepada kawannya yang melangsungkan pertunangan.


Sepatutnya saya deliver cupcakes tersebut pada hari Sabtu jam 5 petang tetapi terlewat 1 jam sebab kena tunggu hubby balik dan pergi sama-sama. I hope Aisyah likes it... Thank you Aisyah..








Jun 27, 2010

Hafiz n Erni's Wedding

Cupcakes kali ini adalah sempena perkahwinan Hafiz n Erni. Memandangkan ini adalah perkahwinan, saya pun mengubah sepasang 'swan' ibarat sepasang mempelai.. Lihatlah 'swan' yang telah saya hasilkan..... comel tak???