Jun 18, 2010

Cheese cupcakes with blueberry topping

Ini adalah percubaan kedua saya. Kali ini saya tambahkan topping nya dengan blueberry, tapi yang sedihnya hubby dan anak sulung saya tak mengemarinya. dia orang kata baik mama wat cheesecake plain aje. kalau letak topping, rasanya manis . Dengan menggunakan resepi baru dari internet gak, saya cuba buat cheese cupcakes yagn kiut miut tu. tak sangka jadi pulak, walaupun sizenya kecil . Sekali aje masuk dalam mulut..mmmmm yummy.... tgk lah sizenya kalau nak dibandingkan dengan yang sebelahnya tu....Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk tempahan.



Lupa nak bagi tahu, kalau hari tu hubby saya bagi 6.5, ari ni dari scale 1 - 10 dia bagi saya 9.9. Itu pendapat hubby saya je tapi kalau kengkawan nak evaluate cheese cupcakes saya ni kenalah rasa dulu. kalau nak rasa boleh lah buat tempahan,

 Waktu dah pukul 1.06 minit pagi... Nampaknya malam ni saya terpaksa berjaga malam untuk meyiapkan popcakes yang telah ditempah oleh Asiah. Esok pagi-pagi dia dah nak amik tempahannya.Asiah ni adalah isteri kepada sahabat lama saya. sewaktu kami sama-sama menuntut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dulu. Yang bestnya suami dia adalah kawan kepada hubby saya tapi mereka bukannya bertemu di Politeknik tetapi hubby saya dan suami kenal sewaktu sama-sama mendaki Gunung Ledang semasa menuntut di ITM dulu.. What a small world kan.... 



No comments: